Khamis, April 08, 2010

sahabat sejatiiiiii

KULIM: Demi sahabat, seorang lelaki sanggup berhenti kerja bagi membantu menguruskan rakan cacat seumur hidup akibat disimbah asid oleh saudara kandungnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Disember tahun lalu.

Mat Dori Osman, 34, bersama dua rakannya, Shahrul Kamel Jamaluddin, 41, Mohd Shahrel Mohd Ali, 28, kini bersama-sama membantu dan menguruskan keperluan Azri Abdullah, 42, di rumah mereka di Taman Tunku Putra, di sini, serta membawanya ke hospital untuk rawatan susulan setiap dua minggu sejak bulan lalu.......berita selanjutnya dalam harian metro 8.4.2010...

perghhh hebat gak depa ni apa la yang kawan depa tu buat sampai sanggup jaga kawan tu... mana nak cari kawan tolong kawan lani ada pun 2 3 kerat ja klu kawan makan kawan banyak arrr... tapi aku beruntung ada kawan yg lebih kurang macam depa la...siapa dia biar la dia ja yang tahu hahahaha no publisiti murahan hahaha.... yang mana xdak kawan 2 cuba la cari mana boleh hidup seorang diri macam kera sumbang....

“Manusia Yang Paling Lemah Ialah Orang Yang Tidak Mampu Mencari Teman. Namun Yang Lebih Lemah Dari Itu Ialah Orang Yang Mendapatkan Banyak Teman Tetapi Menyia-Nyiakannya” (Ali Bin Abi Tholib).....

1 ulasan: